Assalamualaikum..thanks sudi singgah..dtg lg ye!!

Wednesday 13 March 2013

20 Perkara Wanita Tidak Suka Pada Lelaki

Hai smua..lama mama tk post apa2..sebelum ni mama post pasal tips apa yg lelaki suka tentang wanita je kan..haa ni mama nk post pasal apa yg perempuan tak suka tentang lelaki pulak..adil la kan??

Banyak faktor yang menyebabkan wanita tidak suka akan perangai sesetengah lelaki. Di sini ada 20 perkara yang membuatkan kaum wanita tidak suka kepada kaum lelaki. Renung-renungkan dan selamat beramal!

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun.
Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang?
Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan.
Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.
Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini.
Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri.
Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Wednesday 6 March 2013

Apa komen anda


21 Perkara Yang Membuat Lelaki Menyenangi Wanita



Setiap wanita di dunia ini pasti inginkan hubungan mereka berkekalan sehingga ke jinjang pelamin dan sehingga akhir hayat dan tidak sesiapa pun yang mahu hubungan sekerat jalan kerana ia hanya membawa kepada kesedihan dan hati yang hancur sahaja.
Tetapi sebenarnya wanita juga perlu mengetahui apakah perkara yang disenangi oleh kaum lelaki supaya kaum lelaki ini memahami pasangannya dan seterusnya menjadikan hubungan itu lebih intim dan tiada salah faham antara satu sama lain.

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari “Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki.
Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu.
Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang.
Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri. Sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri.
Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya.
Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya.
Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki boleh menjejaskan rasa kepentingan dirinya dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu kehendak seks (bagi yang dah berkahwin) dan kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda.
Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk.
Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan.Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Jadi kepada kaum wanita, jadilah wanita yang disenangi oleh pasangan anda
#credit to Pen Patah..


kenali kulit anda.

Tip Kecantikan : Mempunyai masalah kulit muka? Mari kenali jenis kulit muka anda..

kulit muka korang jenis yang mana eh? soalan kepo:)

KULIT NORMAL
* Sebum atau minyak semula jadi pada muka adalah seimbang, tidak terlalu berminyak, tidak terlalu kering
* Tekstur kulit kelihatan lembut
* Liang roma kecil
* Kulit jarang mendapat jerawat atau jerawat ada pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu haid atau stress

KULIT KERING
* Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
* Tekstur kulit kasar, kadang-kadang mengelupas
* Liang roma kecil atau kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.

KULIT BERMINYAK
* Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum
* Muka kelihatan berkilat dan melekit
* Liang roma besar, jelas kelihatan
* Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.

KULIT KOMBINASI
* Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa, kering dan berminyak
* Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (zon-T) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu
* Liang roma di zon-T kebiasaannya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.

KULIT SENSITIF
* Kulit yang nipis dan tegang akibat kekeringan
* Bertompok kemerah-merahan dan menggelupas
* Mudah merengsa jika salah memilih produk
* Mudah kemerahan terutamanya dalam cuaca panas terik matahari

:: Credit to Berita Harian ::
#Minum banyak air kosong dan pilih produk yg bersesuaian..
   ni nasihat mama..ewahhh mcm pakar la plak..
   

Tuesday 5 March 2013

Tips merapikan kening


Hiii semua..

kt sini sure ramai yg suka nampak cantikkn..
terutama pada yg suka make-up..mesti nk rapikn keningkan..
tp takmau cabut atau cukur..haaa ni mama nk share info skit,
cara2 nak rapikan kening tanpa perlu cabut atau cukur kening
kita..mama dh cuba..berkesan tp kena teliti la ye..

guna glue stick ..ni gam bdk2 sek pkai je..mudah cuci n bebas dari bahan kimia



ikut cara ni step by step ye..

1-guna brush kening,,,gosok kt glue stick..kemudian...sapu kt kening secara melawan alis kening[bertujuan supaya setiap bulu kning kna semua gamm]kemudian sikat blik mengikut alis kening rata2...pastikn setiap bulu kna gam...



2-bergantung pd ketebalan n kehitaman

kening ye..seal je sampai agk2 dh 

tk nampak..

3-apply concealer mnggunakn sponge secara dab...rata2 ..sesudh tu dab loose powder atas conceler tu...

4-bila dah btul2 kemas..haa lukis la bentuk

kening yg korang nak..tp ingat ye..
kena teliti n kreatif..mcm dlm gambar ni..  

Kalau ada yg dh cuba tu..ambik gambar
share bg mama tgk ye..

#credit to kak Amy Twins..

Harap info ni dpt menolong ank2 mama
yg suka nampak cantik selalu tu..

Selamat mencuba..

Monday 4 March 2013

Nasihat - kecantikan dan kegagahan


GAGAHNYA LELAKI DAN CANTIKNYA WANITA


Kegagahan Lelaki..??Kegagahan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani..Lelaki yang gagah,adalah:-


1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa,Kegagahan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.

Seluruh kegagahan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kegagahan yang sempurna seorang lelaki.Kecantikan Wanita..??

Kecantikkan dan kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang cantik dan gagah,adalah:-



1)Perempuan yang tahan menerima sebuah     
   kehilangan          
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan    
   setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan dan kecantikan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

#Sekadar utk renungan bersama..


Sunday 3 March 2013

SEGMEN MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH




Jom join mama ramai2.. sambil blogwalking ke blog blogger lain yg dh dtg ziarah blog mama, ternampak pulak segmen ni.. yg dianjurkan oleh cik Mimi kita.. hee.. untuk sama2 bg sokongan n tambah lagi follower kita jom kita join segmen cik Mimi ni.. leh mengeratkan lagi hubungan antara blogger2 n leh kenal blogger2 lain.. fuh.. ramai giler blogger di Malaysia ni rupanya kan.. so, apalagi.. klu nak join klik aje banner kat ats nunn.. dan kalau dah join tinggalkan link korang kat sini.. nanti mama blogwalking ke blog korg n komen apa yg patut.. kasi semangat sikit.. heeeeeeeeeee.... 

syarat segmen ini :

1. Tajuk entry - SEGMEN : MARI TAMBAH KENALAN DARI BLOG CINTA ITU INDAH  (copy & paste)

2. Letak banner segmen  (wajib)

3. Letak JUMLAH FOLLOWER TERKINI (hanya tulis je pun boleh untuk lihat peningkatan)

4. Mana-mana kawan baru boleh je follow blog ni. (jangan risau, nanti saya follow balik ye)

5. Letak link segmen dekat kotak komen. harap sangat jangan letak di SHOUTBOX!..

6. Tarikh akhir : 31 Mac 2013

Selamat bersegmen ye..



follower takat ni::26


tips utk tenangkn diri ketika bermasalah




Masalah itu asam garam kehidupan. Tak suka guna asam garam? Ok la, rencah kehidupan. Huh! Sama je. Haha. Kalau hidup ni takde masalah tu sangat mustahil sebab takde benda yang sempurna. Bila ditimpa masalah mesti diri tak tenang dan motivasi menurun. Contoh macam tak dapat jawab exam, kena marah mahupun putus cinta. Putus cinta? Wow!. Ok, 6 perkara ini tip ringkas yang mungkin terbaik bagi mama dan mungkin terbaik bagi korang mengikut kriteria diri seseorang untuk menenangkan diri mereka. 

 1. Keluar Mencari Kedamaian 


 Bila fikiran sesak dengan masalah dan rasa lemah elok untuk kita keluar mencari kawasan yang sedikit tenteram dan menikmati ketenteraman itu. Biasanya kawasan tenang ni keindahan semulajadi macam pokok hijau, air mengalir dan sebagainya. mama sendiri kalau serabut kepala suka pergi kt tepi laut.tk pn kalau hujan biasanya tingkap ni akan dibuka luas untuk tengok air hujan yang turun. Cuba jengah sikit tingkap tengok ke atas,tak rasa cool ke nampak hujan turun dari langit. Subhanallah keindahan alam. 

 2. Dengar Muzik Perlahan Yang Mendamaikan

 Ini salah satu cara untuk menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Tubuh mempunyai cas-cas positif dan negatif dan bila tak berada dalam keadaan seimbang tu yang angin kus-kus moody datang. Hehe. Cari alternatif dengan mendengar muzik seperti alunan Kiroro, Instrumental dan sebagainya. Memang terasa sangat tenang dan boleh tertidur. Elakkan dari mendengar lagu Linkin Park ataupun System Of A Down ( S.O.A.D ) ketika tengah stress bagi mengelakkan laptop atau music player korang dibaling ke tingkap. Tapi kalau putus cinta tu jangan duk layan lagu Perpisahan Ini dari Anuar Zain. Memang la lagu slow tapi masalah lain pula datang nanti iaitu banjir besar. Parah..parah.. Heee.. 

 3. Makan Banyak dan Tidur

 Salah satu cara yang mana diamalkan oleh pelajar-pelajar IPT ketika stress ialah makan banyak. Orang lain pun sama juga tapi mungkin ni yg mama banyak jumpa la masa ma study dulu.. Ketika tengah stress pergi ke cafe berdekatan atau buka peti ais di rumah anda kemudian capai apa yang patut untuk dikunyah. Kerepek sedap gak, Johor kerepek murah. Selepas makan dengan banyak confirm rasa mengantuk akan datang dengan sendiri dan membuatkan korang tertidur lepas tu lupa sekejap perihal masalah yang ada. Namun, tip ini bukanlah yang terbaik kerana tidak bagus untuk kesihatan. Makan Tido, Makan Tido ape laa..gemuk tk jamin..hohoho 

 4. Luahan Rasa Hati


 Kalau dipendam apa yang terbuku tu kadang-kala kita tak nampak penyelesaian. Bila tengah serabut apa yang nampak hanyalah jalan ringkas sahaja. Perlunya orang kedua yang dia pun dalam keadaan waras untuk kita luahkan masalah dan cari tempat untuk bercerita. Mesti rasa lega sikit punya. Cuma mama tak prefer sangat cara ni dengan diri mama sebab kadang-kadang rasa orang lain pun ada masalah sendiri. Lebih suka berdiam dan berahsia. Am I a secretive person? 

 5. Muhasabah Kesilapan Diri

 Bila dah agak-agak tenang tu cuba untuk bermuhasabah dengan apa kesilapan diri. Ketepikan ego untuk seketika dengan merasakan diri sentiasa betul. Kalau betul takkan la ada masalah, logik kan? Nilai balik kesilapan diri dan ambil tindakan. Tindakan ni pun kena memerlukan satu jati diri yang kuat juga, sedar tanpa tindakan tak dapat apa-apa. mama sendiri kurang sikit perihal yang ini. Sungguh! 

 6. Kembali Kepada Fitrah,

 Kenal Erti Syukur Itulah yang terakhir untuk merasakan ketenangan yang jelas. Kembali kepada fitrah dengan beribadah dan berdoa. Fitrah dari mana kita datang dan ke mana kita akan kembali itu akan menyedarkan kita, fitrah asal yang sudah sedia ada pada manusia cuma kadang-kala terlupa. Bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun sedikit. Orang lain tak semestinya bertuah dapat apa yang kita ada. Kebijaksanaan, ilmu , harta tak semua orang ada. Walaupun kita ada sikit , hargailah sepenuhnya sebelum kita tiada apa-apa nanti. Tapi cuba juga untuk tingkatkan apa yang ada, buat peningkatan. Ini pun satu nilai yang memerlukan jati diri yang tinggi juga.

Tapi yg paling penting..Senyum selalu yekk!!

Wednesday 27 February 2013

Petua kecantikan wajah



Assalamualaikum..

Wahhh kemain mama berkongsi petua gitew. 
Ehh pengetahuan yang ada untuk dikongsi bersama ye tak?
 mama tahu pasal petua ni pun ada dari ahli keluarga,
 kawan-kawan, baca kat majalah dan Google!
 Hahaaa.. informasi dari banyak sumber,
 mesti dah banyak website / blog share petua2
 macam ni tapi saje nak share kat sini jugak.. Bolehkn?

Kita selalu bergantung kepada produk skin care yang ada
di pasaran untuk penjagaan kulit muka. 
Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan
bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat
di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!

cantiknye2
PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN
  • Kalau buat air teh kat rumah, jangan buang hampasnya.
    Sapu hampas teh itu dibahagian pipi, lepas tu
    biarkan selama 5 minit. Amalkan selalu, insyaAllah
    pipi korang akan kemera-merahan tak payah pakai blusher
    dah!

PETUA KULIT CERAH DENGAN LOBAK MERAH
  • Parutkan lobak merah. Gaul sebati dengan
    sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis.
    Gunakan adunan ni sebagai masker di muka dan juga leher,
    biarkan hingga kering dan bilas. Amalkan 3 kali seminggu
    dan InsyaAllah kulit akan jadi cerah semulajadi.

great_skin
PETUA HILANGKAN PARUT DI MUKA
  • Ambil daun pegaga dengan akarnya sekali. Basuh 
    hingga bersih. Giling / tumbuk lumat daun pegaga tu. 
    Dah lumat tu sebatikan pulak dengan sedikit bedak 
    sejuk dan sedikit air. Lumur pada bahagian yang 
    berparut sebelum tidur. InsyaAllah parut akan pudar 
    kalau amalkan selalu.

PETUA ELAKKAN MUKA DINAIKI JERAWAT
  • Ambil beberapa helai daun jambu batu. 
    Giling / tumbuk sampai lumat. Campurkan 
    dengan bedak sejuk dan gaul sebati. Guna 
    sebagai masker di muka sebelum masuk tidur. 
    Amalkan selalu ye.
atau boleh cuba cara yang ni :
  • Giling / tumbuk lumat beberapa helai daun sirih 
    bersama-sama dengan beras dan beberapa titis air. 
    Gunakan adunan lumat tu sebagai masker dan tepek 
    kat muka sebelum tidur. Kalau amalkan selalu 
    insyaAllah jerawat susah naik kat muka.

PETUA UNTUK KULIT BERMINYAK 
  • Ambil sebiji atau setengah biji lemon, 
    perah jusnya. Campurkan jus tu dengan 
    putih telur lepas tu kacau sebati. Jadikan 
    masker kat muka dan biar dalam 15 minit gitu. 
    Lepas tu bila muka. Amalkan selalu, 
    insyaAllah masalah kulit berminyak akan berkurang.
  •  

Capture

Sekian petua yang mama nk kongsi kali ni. 
Heee saje je mama nak share kat sini. Tak salahkan. 
Bagi yang tak tahu, syukurlah kalau entry ni 
bakal menjadi sumber pengetahuan baru korang ye… 
Ada lagi kot petua dulu-dulu yang mama buat masa 
zaman sekolah tapi dah lupa.
maklum la krg dah tua...hahaha
tp yg paling mujarab..
Senyum selalu............




post2 yg terlepas

iklan blog!