Assalamualaikum..thanks sudi singgah..dtg lg ye!!

Wednesday 27 February 2013

Petua kecantikan wajah



Assalamualaikum..

Wahhh kemain mama berkongsi petua gitew. 
Ehh pengetahuan yang ada untuk dikongsi bersama ye tak?
 mama tahu pasal petua ni pun ada dari ahli keluarga,
 kawan-kawan, baca kat majalah dan Google!
 Hahaaa.. informasi dari banyak sumber,
 mesti dah banyak website / blog share petua2
 macam ni tapi saje nak share kat sini jugak.. Bolehkn?

Kita selalu bergantung kepada produk skin care yang ada
di pasaran untuk penjagaan kulit muka. 
Apa kata kita cuba amalkan petua yang menggunakan
bahan-bahan semulajadi dan juga bahan yang mudah dapat
di rumah. Jimat dan bebas bahan kimia!

cantiknye2
PETUA PIPI KELIHATAN KEMERAH-MERAHAN
  • Kalau buat air teh kat rumah, jangan buang hampasnya.
    Sapu hampas teh itu dibahagian pipi, lepas tu
    biarkan selama 5 minit. Amalkan selalu, insyaAllah
    pipi korang akan kemera-merahan tak payah pakai blusher
    dah!

PETUA KULIT CERAH DENGAN LOBAK MERAH
  • Parutkan lobak merah. Gaul sebati dengan
    sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis.
    Gunakan adunan ni sebagai masker di muka dan juga leher,
    biarkan hingga kering dan bilas. Amalkan 3 kali seminggu
    dan InsyaAllah kulit akan jadi cerah semulajadi.

great_skin
PETUA HILANGKAN PARUT DI MUKA
  • Ambil daun pegaga dengan akarnya sekali. Basuh 
    hingga bersih. Giling / tumbuk lumat daun pegaga tu. 
    Dah lumat tu sebatikan pulak dengan sedikit bedak 
    sejuk dan sedikit air. Lumur pada bahagian yang 
    berparut sebelum tidur. InsyaAllah parut akan pudar 
    kalau amalkan selalu.

PETUA ELAKKAN MUKA DINAIKI JERAWAT
  • Ambil beberapa helai daun jambu batu. 
    Giling / tumbuk sampai lumat. Campurkan 
    dengan bedak sejuk dan gaul sebati. Guna 
    sebagai masker di muka sebelum masuk tidur. 
    Amalkan selalu ye.
atau boleh cuba cara yang ni :
  • Giling / tumbuk lumat beberapa helai daun sirih 
    bersama-sama dengan beras dan beberapa titis air. 
    Gunakan adunan lumat tu sebagai masker dan tepek 
    kat muka sebelum tidur. Kalau amalkan selalu 
    insyaAllah jerawat susah naik kat muka.

PETUA UNTUK KULIT BERMINYAK 
  • Ambil sebiji atau setengah biji lemon, 
    perah jusnya. Campurkan jus tu dengan 
    putih telur lepas tu kacau sebati. Jadikan 
    masker kat muka dan biar dalam 15 minit gitu. 
    Lepas tu bila muka. Amalkan selalu, 
    insyaAllah masalah kulit berminyak akan berkurang.
  •  

Capture

Sekian petua yang mama nk kongsi kali ni. 
Heee saje je mama nak share kat sini. Tak salahkan. 
Bagi yang tak tahu, syukurlah kalau entry ni 
bakal menjadi sumber pengetahuan baru korang ye… 
Ada lagi kot petua dulu-dulu yang mama buat masa 
zaman sekolah tapi dah lupa.
maklum la krg dah tua...hahaha
tp yg paling mujarab..
Senyum selalu............




tips kulit cantik

hi semua..
ni mama nk bg petua klu nk cantik kulit..
kena rajin buat la ye..klu mls no komen..
1} klu nk bibir merah- sapu madu asli pada bibir 
     setiap mlm sblm tidur
2} nk hilangkn bintik hitam &putih kt muka
     sapu muka ngn putih telur then tampal muka
     dgn tisu;pastu sapu lg putih telur td atas tisu
     tu,biar sampai kering,tanggalkn perlahan2
3} nk hilangkn parut jerawat-tumbuk kulit kayu
     manis hingga jd serbuk then campur dgn 
     sedikit air,sapu pada bekas jerawat tu
4} kulit cerah&licin-gosok limau nipis pd badan
     dan muka ketika mandi..

cuba la amalkn petua2 ni..kena rajin ye..
Senyum selalu..



Erti kecantikan sorang wanita..
Apakah erti kecantikan pada tafsiran korang??
mungkin pada sepasang mata hening yg slalu menjeling tajam
atau yg kdg kala malu2 memberi kerlingan manja,
tu ke makna cantik??
atau bleh jadi pada bibir yg tk jemu2 tersenyum manis..
sejuta perkataan pn blum cukup utk menceritakan pasal cantik
ni kan?? pada yg cantik tu..panjatkn la kesyukuran kerana 
di kurniakan keindahan tu smua..
Namun,betapa pn dijaga,dipelihara,dibelai dan ditatap
dihadapan cermin saban waktu,tiba masanya segalanya akan pergi jua..mcm lagu la plakkn..hehehe
wajah kita akan suram,mata akan kelam,kedutan tetap trserlah
meskipn kita berusaha mnyembunyiknnya..cuma satu saja
yg tak dimamah usia,sifat keperempuanan yg dipupuk melalui
iman dan ibadah yg berterusan yakni istiqamah
Walaupn usia seorang wanita tu meningkat tapi tahu tak..
kita tetap kelihatan cantik dgn kehadiran kedutan2 
yg terpalit diwajah,kerna itu melambangkn kekuatan dan
gambaran betapa kita benar2 berjuang meneruskn kehidupan..
garis halus dipinggir bibir tu mengambarkan betapa kita 
tidak pernah lelah utk tersenyum..
Jadi jgn risau klu dah tua..cantik tetap cantik..
Senyum selalu..............
Yakinlah..setiap dari kita mempunyai kekurangan..
ketahuilah bahwa kekurangan yg dirasakn tu 
adakalanya merupakan kekuatan buat mereka yg melihat
melalui mata hati..senyum selalu ye..

Tuesday 26 February 2013

Utk ank2 mama yg rasa rajin membaca tu
p la tengok buku ni..jgn tnya isinya ye..
mama pn tk tgk..kuang3x..



cantik bagi lelaki

Memang betul semua lelaki mahukan pasangan yang cantik. Tetapi benarkah cantik itu yang akan mereka nilaikan apabila bergelanggang di pentas rumahtangga nanti? Artikel kali ini cuba merungkai citarasa dan nilaian kaum adam terhadap kecantikan.

Semua orang tahu bahawa kecantikan itu satu nilai yang tinggi. Makin cantik, makin tinggi harganya.

Dalam bab memilih pasangan, cantik memang dianggap sebagai nilai utama. Bahkan terdapat amalan dalam sesetengah masyarakat, semakin cantik si gadis maka semakin tinggi harga mahar dan hantarannya.

realitinya

Cantik pada nilaian seorang lelaki akan terus berubah apabila memasuki dunia perkahwinan. Dunia yang kerapkali menjadikan si cantik tidak menang dengan hanya bermodalkan cantik. Kerana itu perlu difahami dengan jelas, bahawa perkahwinan itu bukan hanya cerita dalam bilik tidur.

Bukan hanya pada kemanjaan, lemah gemalai, ketawa mengusik, berwangi-wangian, bersolek, berdandan dan sebagainya. Perkahwinan adalah suatu ranjau yang luas. Tidak mungkin ditempuh dengan seronok-seronok sahaja.

Maka si cantik yang hanya bermodalkan cantik, bakal tersepit apabila semakin lama menjadi ahli kepada dunia rumahtangga.






post2 yg terlepas

iklan blog!